Jumaat, 23 Mei 2008

Perubahan tempat untuk program lawatan bermaklumat

Program lawatan bermaklumat yang diwarwarkan baru-baru ini terpaksa diubah tempat. Dari Bali Indonesia, program tersebut diubah ke negeri Sabah. Rasionalnya adalah disana tidak tempat untuk pelajar-pelajar KSPK mengadakan lawatan bermaklumat dan sumber ilmu. Oleh yang demikian, segala perancangan yang telah disusun terpaksa dijadual semula.

Rabu, 21 Mei 2008

Holiday..... Yeeeha..!!


Happy holiday....!!!!


Coming soon next sem.....

1. Pengurusan sukan

2. Lawatan Bermaklumat luar bilik darjah

3. Praktikum

4. Gimnastik

5. Pengurusan Olahraga

6. Banyak lagi nak setel bro.... dah tak ingat la...

Selasa, 20 Mei 2008

Cuti datang lagi

Cuti pertengahan tahun kembali lagi.... Ini bermakna musim cuti banyak aktiviti sama ada bersama keluarga mahupun dengan rakan-rakan. Bagi saya tiada aktiviti yang menarik rasanya. Ini kerana saya kena bertugas sebagai pegawai bagi permainan squash sempena SUKMA ke 12 ini. Jadi kalu ada kelapangan tu datangla ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin..... Manalah tahu kot-kot jupe saya. Bolehla belanje saya makan.

Ape pun selamat bercuti la ye... Cuti-cuti juge, keje-keje juge.

Sekolah cuti 2 minggu je...... Maktab cuti 3 minggu... wow menariknye......

Isnin, 19 Mei 2008

Apakah itu Hipotensi?

Hipotensi ialah keadaan di mana seseorang individu diserang tekanan darah rendah lebih rendah dari 90/60 mmHG. Tekanan darah rendah ini cukup merbahaya sehingga ia boleh menimbulkan gejala-gejala sepertipening, pitam, dan pengsan. Apabila tekanan darah rendah ini berada diluar kawalan, darah tidak dapat memberikan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk sel-sel dalam badan manusia.
Faktor Hipotensi
1. Usia
2. Aktiviti harian misalnya merokok, pemakanan tidak seimbang dan sebagainya
3. Pendarahan tertentu dalam badan
4. Jangitan
5. Amalan ubat-ubatan tertentu
6. Kawalan emosi

Apakah penyebab Hipotensi?
Tekanan darah ditentukan oleh dua faktor iaitu jumlah darah yang dipam jantung dan ketahanan pembuluh darah pada tubuh. Berikut adalah penyebab utama berlakunya hipotensi.
1. Keadaab otot yang lemah
2. Dehidrasi atau pengurangan kandungan cecair dalam badan
3. Kekurangan alirah darah akibat daripada pendarahan yang tidak dapat dikawal
4. Denyutan jantung yang agak cepat mahupun lambat

Gejala yang mungkin terjadi kibat Hipotensi
1. Serangan jantung
2. Demam
3. Sakit dada
4. Angin
5. Cepat Haus
6. Sukar untuk fokus kepada sesuatu aktiviti
7. Mudah penat
8. Pening setiap kali menukar posisi tubuh
9. Pandangan mudah menjadi gelap
10. Tekanan yang melampau
11. Mual dan muntah

Penyelesaian.
Imbangi pengambilan Karbohidrat agar tekanan darah tidak turun secara drastik selepas makan. Ambil pengambilan karbohidrat secara jumlah yang kecil tetapi kerap. Elakkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Pengambilan kafein boleh tetapi dalam jumlah yang kecil dan ianya hanya untuk tempoh sementara sahaja.

Ahad, 18 Mei 2008

20,000 Guru berpeluang naik pangkat

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom, menyatakan seramai 20 ribu orang guru terlibat dengan kenaikan pangkat lebih cepat setelah kerajaan membuat keputusan untuk mengambil kira perkhidmatan semasa dalam skim DGA29 bagi pertimbangan kenaikan gred secara "Time-based" setelah berada dalam skim DG41 kepada DG44. Insentif ini berkuatkuasa serta merta.

Jika diteliti akan kenyataan ini, saya akan melalui kenaikan gred secara "Time-based" seawal 2009 atapun 2010. Jika kaedah lama saya harus menunggu sehingga 2014. Inilah namanya rezeki ditentukan Illahi....

Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau itu, secara tidak langsung telah menimbulkan rasa gembira yang tidak terkata pada diri saya yang terlibat secara langsung. Perjuangan saya selama ini akhirnya mendapat perhatian daripada kerajaan... Ini akan mendorong saya untuk berkhidmat kepada negara dan anak bangsa dengan lebih bersungguh-sungguh lagi....

Kata-kata azimat yang mampu keluar dari bibir ini........ Syukur... Alhamdulillah..

Sabtu, 17 Mei 2008

6 Insentif baru untuk pendidik.

Sempena sambutan hari guru tahun ini, 6 insentif baru telah diperkenalkan melibatkan para pendidik dan pegawai pendidikan diseluruh negara. Insentif tersebut sedikit banyak mampu mengubah dan memartabatkan profesion pendidikan dinegara ini.

6 Insentif tersebut adalah:
1.Guru bukan siswazah DGA29 yang melanjutkan pelajaran dan menjadi guru siswazah akan dinaikkan ke Gred DG44 berbanding DG41 dengan mengambil kira pengalaman mereka.
( Saya yang paling suka......sebab terlibat secara langsung )

2.Guru gred DG41 daripada skim bukan siswazah ( DG 32 & DG 34 ) yang memegang jawatan Guru Besar akan dinaikkan ke DG44 selepas 3 tahun berkhidmat pada gred DG41.

3.Memendekkan tempoh kelayakan guru cemerlang daripada 7 tahun kepada 5 tahun sahaja DG29 kepada DG31 dan jawatan Guru Besar cemerlang DG41 kepada DG44. Guru cemerlang yang sudah dinaikkan gred boleh dipertimbangkan ke gred selanjutnya tanpa menunggu tempoh selama 3 tahun pekhidmatan.
( saya juga suka..... peluang saya lebih cerah..... tahun depan boleh hantar boram mohon )

4.Peruntukan 10% daripada 1700 jawatan guru besar cemerlang diberikan kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian,JPN dan PPD.

5.Gred Pegawai Pendidikan Daerah dinaikkan daripada DG48 kepada DG52 atau DG54

6.Penstrukturan semula perjawatan di Kementerian Pelajaran dengan penggunaan jawatan JUSA A.

Walau apa pun pengumuman yang telah dibuat, kita sebagai pendidik harus bergerak lebih sekilometer kehadapan........ Ingatlah iklan petrol Shell..... Bergerak lebih Kiloooooooommmmmmeeeeeeeeettttttttttteeeeeeeeeeeeeerrrrrr ke hadapan.

Ahad, 11 Mei 2008

Mosston's learning style spectrum

I am intending to peruse 'Teaching Physical Education' by Mosston and Ashworth, detailing in full Mosston's ideas of the learning style spectrum. Not only does it describes the different approaches characterised by each style, it also specifies the objectives that these will serve, the prerequisites necessary for implementation, and also the method to go about using them, with examples. Totally, absolutely fascinating. I have no doubt that any teach who devours this book and can use each of the learning styles appropriately in different situations, he or she will be an expert teacher instantly.


I think knowing these different styles in teaching intimately should be the focus of a teacher's education, rather than the propagation of certain preferred teaching approaches. For example, I see NIE's preferred 'reader response' approach to teaching lit appreciation as being pretty useless in a lot of contexts; you can't seek to invoke students' independent thinking without first imparting fundamental knowledge, which is often best facilitated by using the 'command' style or 'guided discovery' style of teaching. In other words, you can't always be biased towards student-centered learning and prejudiced against the teacher-centered approach.


Interestingly, I think that the classroom is an environment where student-centered learning is can be better mediated. In PE, teachers tend to use the command style because there is a lot of spatial and temporal variables to control, plus sometimes there is the need to enforce pseudo-authority by being the last word on everything to prevent chaos in the class.

Ini Family saya

Inilah famili saya...... Selagi hayat masih ada..

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dirasmi dalam hujan

Stadium utama negeri terengganu yang terletak berhampiran lapangan terbang Sultan Mahmud telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Perasmian dalam hujan yang lebat pada malam tadi, sedikit banyak menganggu kemeriahan majlis.

Projek bernilai rm 450 juta itu, masih lagi belum siap sepenuhnya..... Namum dihati saya terdetik, adakah SUKMA 2008 mampu menjadi yang terbaik dikalangan penganjuran SUKMA yang lalu.... Sama-samalah kita lihat.

Sabtu, 10 Mei 2008

Pengenalan Kepada Orienteering

Persekutuan Orienteering Antarabangsa ( IOF ) telah menetapkan terdapat 4 jenis Orienteering iaitu:
a. Foot-O
b. MB-O
c. Ski-O
d. Trail-O


Di Malaysia hanya kaedah Foot-O dilakukan antaranya:
1. Orienteering Merentas Desa
2. Orienteering Bermarkah
3. Orienteering Jalanraya
4. Orienteering Bukit
5. Orienteering Malam


Jumaat, 9 Mei 2008

Komponen Utama Sistem Kardiovaskular

Komponen utama dalam system kardiovaskular terbahagi kepada tiga iaitu jantung, darah dan salur darah.

1.1 Jantung
Merupakan organ penting bagi mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien. Didalam jantung terdapat empat ruang utama iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri.


1.2 Darah
Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung di dalam plasma. Dalam darah terdapat lebih kurang 55% plasma dan 45% eritrosit. Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal. Seorang individu yang mempunyai berat tubuh 70kg, dikatakan mempunyai darah dalam lingkungan 5-6 liter.

1.3 Salur Darah
Salur darah diwakili oleh 3 komponen iaitu arteri, vena dan kapilari. Dengan adanya salur darah, ia akan membolehkan salur darah mengalir dan melengkapi peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung.

Rabu, 7 Mei 2008

Apakah punca penyakit Jantung.... Part 2

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 50 peratus masyarakat dewasa di negara ini merokok dan ia menjadi punca kepada penyakit jantung koronari.
selain merokok, faktor risiko lain termasuk penyakit tekanan darah tinggi, diabetes, paras kolesterol tinggi, pengambilan alkohol, infeksi jantung dengan virus dan bahan kimia dan kegemukan.Diabetes juga meningkatkan risiko terhadap sakit jantung koronari dan penghidap sepatutnya mengawal paras glukos di dalam darah mereka untuk mengelakkan komplikasi. Pemakanan yang tidak seimbang juga menyebabkan seseorang itu mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan ini juga meningkatkan risiko untuk menjadi mmasalah kegemukan semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia. Ini kerana, kegemukan boleh mendedahkan seseorang kepada tekanan darah tinggi, diabetes dan paras kolesterol yang tinggi dan akhirnya sakit jantung.

Apakah Punca Penyakit Jantung?

Jantung manusia berdenyut 70 kali setiap minit atau 140,000 kali sehari selain mengepam di antara lima hingga enam liter darah seminit. Justeru, organ kecil ini mempunyai fungsi penting dalam kehidupan setiap manusia dan ia sentiasa bekerja kuat untuk mengekalkan hayat anda.Ada pelbagai faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan antara punca utama kerosakan otot jantung ialah penyakit kardiovaskular iaitu kesempitan pembuluh darah dengan lemak melalui proses arterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat.Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen dan akhirnya mati atau rosak. Apabila ia rosak, sebahagian daripada jantung akan berparut dan tidak berfungsi.Berikutan itu, lama-kelamaan jantung akan membengkak dan seseorang itu akan mengalami kegagalan jantung.
Penyakit jantung koronari ialah penyakit arteri koronari. Arteri koronari ialah pembuluh darah yang membekalkan jantung dengan darah bagi membolehkannya mengepam darah. Apabila deposit lemak berkumpul di dalam arteri, ia menjadi sempit dan darah yang mengalir melaluinya berkurangan.Keadaan ini boleh menyebabkan sakit dada atau angina atau serangan jantung. Proses yang menyebabkan arteri ini menjadi sempit dikenali sebagai arterosklerosis.

Isnin, 5 Mei 2008

PL Pulau Redang aktiviti Menjejak

Aktiviti tracking atau menjejak ini dilakukan oleh semua peserta yang mengikuti aktiviti pendidikan luar. Tidak banyak masalah yang dihadapi oleh peserta-peserta lelaki malahan juga bagi peserta perempuan. Aktiviti ini mengambil masa selama satu hari.

Bermula pada waktu pagi, semua peserta bersiap untuk mengikuti aktiviti ini dengan menyediakan peralatan yang hendak dibawa serta makanan untuk dijadikan bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah segala peralatan yang hendak dibawa telah disediakan, peserta bertolak menuju bukit yang berhampiran dengan tempat perkemahan.
Dalam perjalanan menjejak di hutan, peserta-peserta dapat melihat beberapa jenis tumbuh-tumbuhan seperti pokok Tongkat Ali, gelenggang, asam jawa, pokok-pokok yang berbunga, pokok-pokok yang berbuah dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis spesis binatang yang menghuni di hutan rimba tersebut. Ulat gonggok, cengkerik, lipan, semut, burung dan sebagainya boleh dilihat bebas hidup di situ.
Peserta-peserta juga dapat melihat keindahan yang terdapat di puncak bukit tersebut. Peserta dapat melihat keindahan persekitaran pulau tersebut dari atas bukit. Air laut yang membiru, pokok-pokok yang menghijau serta perkampungan yang tersusun menghiasi keindahan persekitaran pulau tersebut.

Setelah mengharungi perjalanan yang jauh, peserta berhenti seketika di sebuah perkampungan yang terdapat di pulau tersebut. Menjamu selera secara bersama-sama dapat membentuk kerjasama dalam kumpulan. Seperti pepatah ‘Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing’, telah memberi impak yang besar kepada peserta-peserta tersebut.

Cerita Pendidikan Luar di Pulau Redang

Nantikan kemunculannya....... Tunggu.....

Tidak perlu 8 gelas sehari?

Amalan minum air sebanyak mungkin rupa-rupanya tidak membantu daripada aspek kesihatan. Menurut Dr. Stanley Goldfarb dan Dr. Dan Negoianu dari Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat yang disiarkan melalui journal American Society of Nephrology, Minum banyak air hanya memberi kebaikan kepada orang-orang yang tinggal di negara yang beriklm panas dan kering, para atlet dan penghidap sesetengah penyakit. Bagi individu yang sentiasa minum banyak air tidak bermakna mereka mempunyai kesihatn yang lebih baik. Sehingga kini tiada bukti saintifik yang mencadangkan kta perlu minum air sebanyak 8 gelas sehari. Walau bagaimanapun, kenyataan ini tidak memudaratkan anda. Ianya hanyalah satu dakwaan daripada ahli sains.

Ahad, 4 Mei 2008

5 Syarat Pemakanan Sihat

Syarat 1
Jangan biarkan diri anda sentiasa dahaga. Sentiasa minum air apabila dahaga. Jika individu kurang minum air.... kesannya adalah sembelit yang serius.

Syarat 2
Cuba untuk mengelak makan lewat malam. Ia akan mengganggu penghadaman dan membuat perut anda tidak selesa... Kesannya tidur anda akan terganggu.

Syarat 3
Makanlah makanan yang berserat secukupnya. Kombinasikan makanan dari mil penuh, buah-buahan dan sayuran.

Syarat 4
Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk memudahkan proses pencernaan dilakukan dengan berkualiti.

Syarat 5
Perkenalkan makanan baru yang mengandungi komponen mineral yang baik pada tubuh secara berperingkat.

Baju baru KSPK

Group KSPK akan pakai baju baru.... Dengan corak yang lebih menarik dan ganas... Nantikan kehadirannya.

Laman Blog baru weh...

Ini laman blog baru saya. sila abaikan laman blog yang lama. Ada masalah teknikal terhadap laman blog yang lame. Sekian, Wassallam