Sabtu, 17 Mei 2008

6 Insentif baru untuk pendidik.

Sempena sambutan hari guru tahun ini, 6 insentif baru telah diperkenalkan melibatkan para pendidik dan pegawai pendidikan diseluruh negara. Insentif tersebut sedikit banyak mampu mengubah dan memartabatkan profesion pendidikan dinegara ini.

6 Insentif tersebut adalah:
1.Guru bukan siswazah DGA29 yang melanjutkan pelajaran dan menjadi guru siswazah akan dinaikkan ke Gred DG44 berbanding DG41 dengan mengambil kira pengalaman mereka.
( Saya yang paling suka......sebab terlibat secara langsung )

2.Guru gred DG41 daripada skim bukan siswazah ( DG 32 & DG 34 ) yang memegang jawatan Guru Besar akan dinaikkan ke DG44 selepas 3 tahun berkhidmat pada gred DG41.

3.Memendekkan tempoh kelayakan guru cemerlang daripada 7 tahun kepada 5 tahun sahaja DG29 kepada DG31 dan jawatan Guru Besar cemerlang DG41 kepada DG44. Guru cemerlang yang sudah dinaikkan gred boleh dipertimbangkan ke gred selanjutnya tanpa menunggu tempoh selama 3 tahun pekhidmatan.
( saya juga suka..... peluang saya lebih cerah..... tahun depan boleh hantar boram mohon )

4.Peruntukan 10% daripada 1700 jawatan guru besar cemerlang diberikan kepada pengelola dan guru yang berkhidmat di Kementerian,JPN dan PPD.

5.Gred Pegawai Pendidikan Daerah dinaikkan daripada DG48 kepada DG52 atau DG54

6.Penstrukturan semula perjawatan di Kementerian Pelajaran dengan penggunaan jawatan JUSA A.

Walau apa pun pengumuman yang telah dibuat, kita sebagai pendidik harus bergerak lebih sekilometer kehadapan........ Ingatlah iklan petrol Shell..... Bergerak lebih Kiloooooooommmmmmeeeeeeeeettttttttttteeeeeeeeeeeeeerrrrrr ke hadapan.

Tiada ulasan: