Rabu, 7 Mei 2008

Apakah Punca Penyakit Jantung?

Jantung manusia berdenyut 70 kali setiap minit atau 140,000 kali sehari selain mengepam di antara lima hingga enam liter darah seminit. Justeru, organ kecil ini mempunyai fungsi penting dalam kehidupan setiap manusia dan ia sentiasa bekerja kuat untuk mengekalkan hayat anda.Ada pelbagai faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan antara punca utama kerosakan otot jantung ialah penyakit kardiovaskular iaitu kesempitan pembuluh darah dengan lemak melalui proses arterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat.Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen dan akhirnya mati atau rosak. Apabila ia rosak, sebahagian daripada jantung akan berparut dan tidak berfungsi.Berikutan itu, lama-kelamaan jantung akan membengkak dan seseorang itu akan mengalami kegagalan jantung.
Penyakit jantung koronari ialah penyakit arteri koronari. Arteri koronari ialah pembuluh darah yang membekalkan jantung dengan darah bagi membolehkannya mengepam darah. Apabila deposit lemak berkumpul di dalam arteri, ia menjadi sempit dan darah yang mengalir melaluinya berkurangan.Keadaan ini boleh menyebabkan sakit dada atau angina atau serangan jantung. Proses yang menyebabkan arteri ini menjadi sempit dikenali sebagai arterosklerosis.

Tiada ulasan: