Ahad, 18 Mei 2008

20,000 Guru berpeluang naik pangkat

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd Dom, menyatakan seramai 20 ribu orang guru terlibat dengan kenaikan pangkat lebih cepat setelah kerajaan membuat keputusan untuk mengambil kira perkhidmatan semasa dalam skim DGA29 bagi pertimbangan kenaikan gred secara "Time-based" setelah berada dalam skim DG41 kepada DG44. Insentif ini berkuatkuasa serta merta.

Jika diteliti akan kenyataan ini, saya akan melalui kenaikan gred secara "Time-based" seawal 2009 atapun 2010. Jika kaedah lama saya harus menunggu sehingga 2014. Inilah namanya rezeki ditentukan Illahi....

Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau itu, secara tidak langsung telah menimbulkan rasa gembira yang tidak terkata pada diri saya yang terlibat secara langsung. Perjuangan saya selama ini akhirnya mendapat perhatian daripada kerajaan... Ini akan mendorong saya untuk berkhidmat kepada negara dan anak bangsa dengan lebih bersungguh-sungguh lagi....

Kata-kata azimat yang mampu keluar dari bibir ini........ Syukur... Alhamdulillah..

Tiada ulasan: