Isnin, 5 Mei 2008

PL Pulau Redang aktiviti Menjejak

Aktiviti tracking atau menjejak ini dilakukan oleh semua peserta yang mengikuti aktiviti pendidikan luar. Tidak banyak masalah yang dihadapi oleh peserta-peserta lelaki malahan juga bagi peserta perempuan. Aktiviti ini mengambil masa selama satu hari.

Bermula pada waktu pagi, semua peserta bersiap untuk mengikuti aktiviti ini dengan menyediakan peralatan yang hendak dibawa serta makanan untuk dijadikan bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah segala peralatan yang hendak dibawa telah disediakan, peserta bertolak menuju bukit yang berhampiran dengan tempat perkemahan.
Dalam perjalanan menjejak di hutan, peserta-peserta dapat melihat beberapa jenis tumbuh-tumbuhan seperti pokok Tongkat Ali, gelenggang, asam jawa, pokok-pokok yang berbunga, pokok-pokok yang berbuah dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis spesis binatang yang menghuni di hutan rimba tersebut. Ulat gonggok, cengkerik, lipan, semut, burung dan sebagainya boleh dilihat bebas hidup di situ.
Peserta-peserta juga dapat melihat keindahan yang terdapat di puncak bukit tersebut. Peserta dapat melihat keindahan persekitaran pulau tersebut dari atas bukit. Air laut yang membiru, pokok-pokok yang menghijau serta perkampungan yang tersusun menghiasi keindahan persekitaran pulau tersebut.

Setelah mengharungi perjalanan yang jauh, peserta berhenti seketika di sebuah perkampungan yang terdapat di pulau tersebut. Menjamu selera secara bersama-sama dapat membentuk kerjasama dalam kumpulan. Seperti pepatah ‘Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing’, telah memberi impak yang besar kepada peserta-peserta tersebut.

Tiada ulasan: