Isnin, 19 Mei 2008

Apakah itu Hipotensi?

Hipotensi ialah keadaan di mana seseorang individu diserang tekanan darah rendah lebih rendah dari 90/60 mmHG. Tekanan darah rendah ini cukup merbahaya sehingga ia boleh menimbulkan gejala-gejala sepertipening, pitam, dan pengsan. Apabila tekanan darah rendah ini berada diluar kawalan, darah tidak dapat memberikan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk sel-sel dalam badan manusia.
Faktor Hipotensi
1. Usia
2. Aktiviti harian misalnya merokok, pemakanan tidak seimbang dan sebagainya
3. Pendarahan tertentu dalam badan
4. Jangitan
5. Amalan ubat-ubatan tertentu
6. Kawalan emosi

Apakah penyebab Hipotensi?
Tekanan darah ditentukan oleh dua faktor iaitu jumlah darah yang dipam jantung dan ketahanan pembuluh darah pada tubuh. Berikut adalah penyebab utama berlakunya hipotensi.
1. Keadaab otot yang lemah
2. Dehidrasi atau pengurangan kandungan cecair dalam badan
3. Kekurangan alirah darah akibat daripada pendarahan yang tidak dapat dikawal
4. Denyutan jantung yang agak cepat mahupun lambat

Gejala yang mungkin terjadi kibat Hipotensi
1. Serangan jantung
2. Demam
3. Sakit dada
4. Angin
5. Cepat Haus
6. Sukar untuk fokus kepada sesuatu aktiviti
7. Mudah penat
8. Pening setiap kali menukar posisi tubuh
9. Pandangan mudah menjadi gelap
10. Tekanan yang melampau
11. Mual dan muntah

Penyelesaian.
Imbangi pengambilan Karbohidrat agar tekanan darah tidak turun secara drastik selepas makan. Ambil pengambilan karbohidrat secara jumlah yang kecil tetapi kerap. Elakkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti kentang, nasi, pasta dan roti. Pengambilan kafein boleh tetapi dalam jumlah yang kecil dan ianya hanya untuk tempoh sementara sahaja.

Tiada ulasan: