Ahad, 11 Mei 2008

Ini Family saya

Inilah famili saya...... Selagi hayat masih ada..

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dirasmi dalam hujan

Stadium utama negeri terengganu yang terletak berhampiran lapangan terbang Sultan Mahmud telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin. Perasmian dalam hujan yang lebat pada malam tadi, sedikit banyak menganggu kemeriahan majlis.

Projek bernilai rm 450 juta itu, masih lagi belum siap sepenuhnya..... Namum dihati saya terdetik, adakah SUKMA 2008 mampu menjadi yang terbaik dikalangan penganjuran SUKMA yang lalu.... Sama-samalah kita lihat.

Sabtu, 10 Mei 2008

Pengenalan Kepada Orienteering

Persekutuan Orienteering Antarabangsa ( IOF ) telah menetapkan terdapat 4 jenis Orienteering iaitu:
a. Foot-O
b. MB-O
c. Ski-O
d. Trail-O


Di Malaysia hanya kaedah Foot-O dilakukan antaranya:
1. Orienteering Merentas Desa
2. Orienteering Bermarkah
3. Orienteering Jalanraya
4. Orienteering Bukit
5. Orienteering Malam


Jumaat, 9 Mei 2008

Komponen Utama Sistem Kardiovaskular

Komponen utama dalam system kardiovaskular terbahagi kepada tiga iaitu jantung, darah dan salur darah.

1.1 Jantung
Merupakan organ penting bagi mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien. Didalam jantung terdapat empat ruang utama iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri.


1.2 Darah
Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung di dalam plasma. Dalam darah terdapat lebih kurang 55% plasma dan 45% eritrosit. Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal. Seorang individu yang mempunyai berat tubuh 70kg, dikatakan mempunyai darah dalam lingkungan 5-6 liter.

1.3 Salur Darah
Salur darah diwakili oleh 3 komponen iaitu arteri, vena dan kapilari. Dengan adanya salur darah, ia akan membolehkan salur darah mengalir dan melengkapi peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung.

Rabu, 7 Mei 2008

Apakah punca penyakit Jantung.... Part 2

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 50 peratus masyarakat dewasa di negara ini merokok dan ia menjadi punca kepada penyakit jantung koronari.
selain merokok, faktor risiko lain termasuk penyakit tekanan darah tinggi, diabetes, paras kolesterol tinggi, pengambilan alkohol, infeksi jantung dengan virus dan bahan kimia dan kegemukan.Diabetes juga meningkatkan risiko terhadap sakit jantung koronari dan penghidap sepatutnya mengawal paras glukos di dalam darah mereka untuk mengelakkan komplikasi. Pemakanan yang tidak seimbang juga menyebabkan seseorang itu mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan ini juga meningkatkan risiko untuk menjadi mmasalah kegemukan semakin membimbangkan, terutama di kalangan kanak-kanak dan remaja di Malaysia. Ini kerana, kegemukan boleh mendedahkan seseorang kepada tekanan darah tinggi, diabetes dan paras kolesterol yang tinggi dan akhirnya sakit jantung.

Apakah Punca Penyakit Jantung?

Jantung manusia berdenyut 70 kali setiap minit atau 140,000 kali sehari selain mengepam di antara lima hingga enam liter darah seminit. Justeru, organ kecil ini mempunyai fungsi penting dalam kehidupan setiap manusia dan ia sentiasa bekerja kuat untuk mengekalkan hayat anda.Ada pelbagai faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan antara punca utama kerosakan otot jantung ialah penyakit kardiovaskular iaitu kesempitan pembuluh darah dengan lemak melalui proses arterosklerosis atau pembuluh darah tersumbat.Keadaan ini seterusnya boleh menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen dan akhirnya mati atau rosak. Apabila ia rosak, sebahagian daripada jantung akan berparut dan tidak berfungsi.Berikutan itu, lama-kelamaan jantung akan membengkak dan seseorang itu akan mengalami kegagalan jantung.
Penyakit jantung koronari ialah penyakit arteri koronari. Arteri koronari ialah pembuluh darah yang membekalkan jantung dengan darah bagi membolehkannya mengepam darah. Apabila deposit lemak berkumpul di dalam arteri, ia menjadi sempit dan darah yang mengalir melaluinya berkurangan.Keadaan ini boleh menyebabkan sakit dada atau angina atau serangan jantung. Proses yang menyebabkan arteri ini menjadi sempit dikenali sebagai arterosklerosis.

Isnin, 5 Mei 2008

PL Pulau Redang aktiviti Menjejak

Aktiviti tracking atau menjejak ini dilakukan oleh semua peserta yang mengikuti aktiviti pendidikan luar. Tidak banyak masalah yang dihadapi oleh peserta-peserta lelaki malahan juga bagi peserta perempuan. Aktiviti ini mengambil masa selama satu hari.

Bermula pada waktu pagi, semua peserta bersiap untuk mengikuti aktiviti ini dengan menyediakan peralatan yang hendak dibawa serta makanan untuk dijadikan bekalan semasa dalam perjalanan. Setelah segala peralatan yang hendak dibawa telah disediakan, peserta bertolak menuju bukit yang berhampiran dengan tempat perkemahan.
Dalam perjalanan menjejak di hutan, peserta-peserta dapat melihat beberapa jenis tumbuh-tumbuhan seperti pokok Tongkat Ali, gelenggang, asam jawa, pokok-pokok yang berbunga, pokok-pokok yang berbuah dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis spesis binatang yang menghuni di hutan rimba tersebut. Ulat gonggok, cengkerik, lipan, semut, burung dan sebagainya boleh dilihat bebas hidup di situ.
Peserta-peserta juga dapat melihat keindahan yang terdapat di puncak bukit tersebut. Peserta dapat melihat keindahan persekitaran pulau tersebut dari atas bukit. Air laut yang membiru, pokok-pokok yang menghijau serta perkampungan yang tersusun menghiasi keindahan persekitaran pulau tersebut.

Setelah mengharungi perjalanan yang jauh, peserta berhenti seketika di sebuah perkampungan yang terdapat di pulau tersebut. Menjamu selera secara bersama-sama dapat membentuk kerjasama dalam kumpulan. Seperti pepatah ‘Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing’, telah memberi impak yang besar kepada peserta-peserta tersebut.